Monday, August 17, 2009

Ramadhan Bulan Berganda

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

>>>Baca seterusnya.....

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna


Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula


Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti


Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan


Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua


- Raihan -


Tuesday, August 4, 2009

Virus H1N1 - KUIS diarahkan hentikan operasi dan cuti seminggu



4 Ogos 2009 - Bangi : Kesan daripada penularan wabak Influenza A - Virus H1N1, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) diarahkan menghentikan operasi dan ditutup bermula hari ini, 4 Ogos 2009, jam 4.00 petang tadi sehingga 11 Ogos 2009. Penutupan itu bertujuan menangani penularan wabak H1N1.

Pagi tadi telah diadakan ujian saringan H1N1 di KUIS dan hasilnya, seramai 770 orang pelajar didapati mengalami demam iaitu salah satu simptom jangkitan Virus H1N1.

Bermula hari ini, menyaksikan penambahan bilangan pelajar KUIS yang memakai penutup muka dan segelintir pelajar dilihat mula berangkat meninggalkan KUIS berikutan arahan pemberhentian operasi dan penututupan yang dikeluarkan.

Ya Allah...., hindarilah kami daripada sebarang perkara yang tak diingini...

>>>Baca seterusnya.....

Thursday, June 11, 2009

Sebuah Perjalanan.....

Tanggal 11 Mac 2009, FM berkesempatan mengisi cuti semester dengan berkunjung ke negeri Sabah di Bawah Bayu. Perjalanan di pagi hari dengan Penerbangan Tambang Murah Air Asia di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang, tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada waktu tengahari. Penerbangan selesa, walaupun dengan harga makanan yang berdasarkan standard.
*Di Terminal 2 Lapangan Terbang Kota Kinabalu

Ketibaan FM disambut oleh seorang kenalan, Datu Yusuf yang berketurunan Suluk. Menuju ke kediaman saudara di Likas dan menginap di sana. Pada sebelah malamnya, FM berpeluang melihat budaya orang-orang Suluk menyambut Maulidurrasul dengan bertemankan seorang kenalan baru anak muda Sabah, Akbar. Di celah-celah kehidupan perumahan setinggan, orang Suluk menyambut Maulidurrasul selama seminggu. Mereka akan bekerjasama menyediakan makanan dan membaca Al-Quran serta selawat bermula selepas waktu Isya' sehingga jam 5.00 pagi.

*Bersama Akbar

Monday, June 1, 2009

AQIDAH


ASAL-USUL MENYEMBAH LEMBU

Juz 1, Surah 2 Al-Baqarah, ayat 67 – 73: Di zaman Nabi Musa terjadi pembunuhan ke atas seorang perempuan. Setelah disiasat untuk mencari pembunuhnya, tidak juga ditemui pembunuhnya. Maka masyarakat Bani Israil menghadapkan perkara ini kepada Nabi Musa. Nabi Musa bertanya kepada Allah untuk mendapatkan penyelesaian.

Maka Allah memerintahkan Bani Israil menyembelih lembu. Mereka balik bertanya kepada Musa lembu yang macam mana? Maka Musa mendapat jawaban dari Allah : lembu tidak tua dan tidak muda. Mereka bertanya lagi apa warnanya? Musa menjawab Allah berfirman : lembu yang kuning tua warnanya dan suka orang melihatnya. Mereka minta penjelasan lagi, maka Allah jawab lembu itu belum pernah dipakai membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, lembu yang sihat tanpa belang.
>>>Baca seterusnya.....

Monday, February 23, 2009

Ciri-ciri Pribadi Muslim Sejati

Kita tahu bahwa Islam itu bertolak daripada iman. Namun iman saja tidak mencukupi. Ia perlu juga ilmu dan amal.

Islam itu ialah iman, ilmu dan amal. Tanpa ketiga-tiga elemen ini, maka Islam tidak akan terlaksana pada pribadi seorang Muslim.


Untuk mencapai tujuanini, roh dan akal mesti berperanan. Disamping itu seseorang muslim perlu mendapat pimpinan. Ketiga-tiga pengaruh ini wajib ada. Kalau tidak pribadi Muslim itu akan jadi cacat dan tidak sempurna.

>>>Baca seterusnya.....

Friday, February 20, 2009

Dunia Baru Islam


Persiapan menghadapi Dunia Baru Islam hendaklah dikemaskinikan.

1)Barisan yang dipercayai hendaklah diletakkan di hadapan.
2)Barisan yang patuh dan setia diberi arahan.
3)Barisan yang diragui diawasi gerak-geri mereka.

Umat Islam sedang berhadapan dengan DUNIA BARU ISLAM. Islam yang diselimuti bida’ah dan khurafat akan dihapus dari pegangan umat. Islam yang didokong oleh mujahid yang bersedia mengorbankan semua milik peribadi demi tertegaknya kalimah Allah yang maha tinggi akan muncul di tengah ummah.

Dewasa ini umat Islam telah mengharungi berbagai pengalaman yang gembira dan dukacita, manakala barisan-barisan pejuang Islam pula menempuh berbagai mehnah atau ujian dari Allah dan dari manusia. Dari itu dapatlah dikenali siapa yang tabah menghadapi ujian, siapa yang sabar menghadapi ujian dan siapa yang redho menghadapi ujian.
>>>Baca seterusnya.....

Sejarah Empayar Islam Benua Siam Kedah

DAULAT TUANKU

Sejarah sebenar Negeri Kedah

Berikut adalah sebahagian gambaran sebenar sejarah Negeri Kedah Darul Aman.
Untuk gambaran dan maklumat yang lebih jelas sila layari:
www.sejarahnagarakedah.blogspot.com

Peta Jajahan Empayar Islam Benua Siam Nagara Kedah Pada Tahun 1730.

Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan kawasan Benua Islam Siam Nagara Kedah sebelum ia ditawan oleh puak kafir Alaungphaya Buddha dari Burma dalam tahun 1767. Peta ini banyak tersebar tetapi kita menyangkakan ia menunjukkan negara Thailand dizaman dahulu.

Ini tidak benar kerana ORANG SIAM BUKANYA ORANG THAI. Orang Siam beragama Islam sementara orang Thai dari bangsa Sukhothai, beragama Thevarada Buddha. Peta ini meluas hingga ke Pulau Jawa. Sekiranya kita renungkan kembali, bila masa pula dalam sejarah orang-orang thai sampai ke situ, melainkan orang-orang siam Islam dari rumpun Melayu.

Peta Benua Islam Siam Nagara Kedah Pasai Ma (Kheag Tesh - Islam tempatan)

Peta ini menunjukkan bukti jajahan Benua Siam Islam di bawah EMPAYAR OF THE GREAT MONGGOL sekitar tahun 1744 sebelum ditawan oleh Suku thai yang diketuai oleh Alaungpaya dalam tahun 1767.Terdahulu peta Otelius, tahun 1603 (lihat bawah) menunjukkan ia dibawah kekuasaan Maharaja China.

Penduduk di Utara semenanjong yang lahir di Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan tidak memerlukan paspot untuk memasukki Thailand, cukup dengan mendapatkan sekeping "border pass" yang berharga RM 10 sahaja dan 2 keping gambar kerana Raja Chakri menggangap mereka-mereka ini sebagai rakyatnya juga (HIS SUBJECTS).

Untuk mengetahui sejarah Raja Chakri yang menyerang semenanjung dan membunuh raja siam islam kita dahulu,copy and paste URL ini, http://www.soravij.com/kings.html.

Save Palestin: Warga KUIS bantah kekejaman Rejim Zionist Israel

Tanggal Jumaat 9 Januari 2009 telah menyaksikan himpunan demontrasi ratusan warga Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dari pelbagai peringkat membantah kekejaman Rejim Zionist Israel dan sekutunya ke atas umat Islam dan penduduk-penduduk di bumi anbiya' Palestin Darul al-Aqsa.

Laungan "Allahuakbar", "Lailahaillah", "Hancur Yahudi", "Jahanam Amerika" dan "Bangkit Islam" bergema penuh semangat.

Serentak dengan itu, Tabung Selamatkan Palestin turut dilancarkan. Himpunan demontrasi perarakan yang bermula pada jam 11.00 pagi itu berakhir kira-kira pada jam 1.00 tengah hari. Berikut adalah suasana yang dapat dirakamkan pada hari bersejarah tersebut.









Sekalung penghargaan buat semua demonstrator. Kalianlah pewaris perjuangan Islam.

"Ayyuhal Falastiniyyun, Antumminna Wanahnuminkum"

>>>Allahuakbar!!!<<<

Kelahiran Penulis Arena Politik

Pada awal zaman Islam, pakar-pakar tidak menulis buku-buku mengenai politik negara dan undang-undang pentadbiran negara. Buku-buku seperti al-Umm (Induk) karangan Imam al-Syafei, al-Muwatta (Himpunan) oleh Imam Malik, dan buku al-Masail (Masalah) oleh Imam Ahmad bin Hanbal, tidak menyentuh apa-apa mengenai politik.

Kalau ada tulisan berkenaan politik Islam ia adalah dalam bentuk surat-surat yang ditulis kepada raja seperti surat yang ditulis oleh Imam Malik, yang diberi tajuk risalah Nasihat al-Muluk (Surat-surat Nasihat kepada Para Raja).
>>>Baca seterusnya.....